Jumaat, 22 Februari 2013

will you marry me...page 1


Suasana riuh rendah di villa kepunyaan Tan Sri Rizman memeriahkan lagi keadaan di villa tersebut.Tan Sri Rizman mengadakan jamuan untuk menyambut kepulangan anaknya yang telah belajar selama enam tahun di  luar Negara.Tan Sri Rizman merupakan Jutawaan tersohor di Malaysia.Oleh itu,ramai kenalannya yang telah hadir di majlis tersebut.
        
          ‘Fatimah,ooo Fatimah…’.panggil Tan Sri Rizman kepada pembantu rumahnya yang telah lama berkhidmat denganya.
 ‘ya tuan..’
‘Pak Mail dah pergi ke air port?’.Pak Mail merupakan suami Mak Timah.Pak Mail juga adalah pemandu Tan Sri Rizman.
‘tidak lagi....rasanya saya nampak dia di luar tadi tuan..tengah sibuk menjemput tetamu masuk’
‘lah…dia tak pergi lagi ke….hurmmm…awak tolong bagitau dia yang saya suruh dia pergi ke air port dulu.nanti lama pula mereka tunggu…tetamu tu biar saya yang uruskan.’perintah Tan Sri Rizman.
‘baiklah tuan’jawab Mak Timah.

              Dipintu keluar lapangan terbang,terlihat seorang gadis kacukan yang mempunyai perwatakan yang sangat menarik persis model Asia dengan blaus biru dan cermin mata hitam dengan rambut perang melepasi bahu bersama dengan seorang lelaki kacak yang memakai kot hitam kemas  sedang berdiri seperti menunggu  sesuatu.
‘OMG,where our driver?’ucap gadis yang persis model Asia itu.
just wait darling…my b his on the way’jawab lelaki disebelahnya.
just wait you say??dah setengah jam da kita berdiri kat sini,I penat la’.rengek gadis tersebut.
       Tiba-tiba mucul kereta Mercedes hitam dihadapan mereka.Pemandu tersebut bergegas keluar belari ke arah pintu utama.Dalam kelam kabut Pak Mail melangkah tiba-tiba lengannya dipegang dengan seseorang.
‘maaf encik,ada apa yang boleh saya bantu?’soal pak Mail kehairanan..bimbang juga lelaki itu tidak faham.Maklumlah gayanya bukan seperti orang melayu.
‘Pak Mail kan?’soal lelaki tersebut.
‘ya saya Pak Mail,maaf,encik ni siapa ek?saya rasa saya tak kenal encik.’
Lelaki itu tersenyum sambil menjawab ‘ni saya la,Aryan’.
‘Encik Aryan?Aryan Rizky Bin Tan Sri Rizman?’soal  pak mail terkejut.
‘yela Pak mail,saya la Aryan’
‘ya allah,lain benar encik Aryan.sampai tak kenal da Pak Mail buatnya.Mana cik Maya?’soal pak Mail sambil matanya melilau mencari sekeliling.

Rabu, 20 Februari 2013

sinopsis "will you marry me" novel

Kisah seorang gadis yang hidup dalam kemewahan dan kasih sayang yang melimpah ruah dari ayah dan abangnya  bagaikan seorang puteri.kisah hidupnya bersama keluargannya terputus gara-gara suatu masaalah yang telah timbul.Gadis itu telah dibuang oleh ayahnya sendiri.dihalau keluar mengikut orang yang tidak pernah dikenalinya.Kehidupan baru gadis itu bermula.hidupnya yang kini bergelar sebagai seorang isteri yang hanya atas kertas merupakan suatu cabaran melayari hari-hari bersama suami yang tidak dikenali menjadikan dia seorang yang lebih matang.dalam diam dia mencintai suaminya.apakah yang akan berlaku seterusnya??......
BACALAH NOVEL "WILL YOU MARRY ME"